SOK10022 SANITASI DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN

Kursus Sanitasi Dalam Perkhidmatan Makanan membincangkan tentang kepentingan sanitasi dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan mempelajari pelbagai jenis mikroorganisma dan kesannya ke atas makanan. Selain itu, pelajar juga diterapkan dengan amalan sanitasi, tindakan yang diperlukan bagi mencegah keracunan makanan dan kepentingan halal di dalam proses penyediaan makanan.

SHK2023 PENYAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN

Penyajian Makanan dan Minuman membincangkan fungsi dan peranan sesebuah organisasi perkhidmatan makanan dan minuman serta menerangkan spesifikasi tugas dan tanggungjawab personel dalam organisasi tersebut. Cara penyajian makanan dan minuman, penggunaan alatan tatasajian, persediaan meja untuk A la Carte dan Table d'hote serta operasi tatasajian.